Pages

Monday 22 January 2018

KENTANG GORENG BUTTER

Masakan ini kegemaran arwah abah saya..dan sekarang menjadi kegemaran saya sekeluarga. Simple dan ringkas saja.



Bahan-bahan
(untuk makan 4 orang)

4 biji kentang (buang kulit)
1 biji bawang besar..potong memanjang/ ikut suka masing2
Segengam ikan bilis besar potong dua/ ikan bilis kecil pun ok
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak (kalau nak berlemak, guna 2 sudu besar)
Sedikit garam

Cara

Rebus kentang dalam air (biar kentang tenggelam) sehingga masak..cucuk dengan garpu kalau lembut maksudnya dah empuk. Lama ikut jenis kentang. 
Toskan air, biarkan sejuk dan potong sebesar 20 sen. Kalau satu biji sederhana besar tu boleh potong12.


Goreng bawang sehingga layu, angkat dan asingkan


Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan asingkan


Panaskan kuali, api sederhana, masukkan 1 sudu minyak bersih. Kecilkan api dan masukkan butter, bila butter dah cair (kekalkan api kecil) masukkan kentang, bawang, ikan bilis dan sedikit garam, gaul rata dan angkat dan hidang.

Selamat mencuba..daa

UDANG BUTTER DAUN LIMAU

Masakan ini agak simple dan tidak mengambil masa yang lama, tapi sedap dan menyelerakan.


Bahan2

500 gm udang sederhana besar..buangkan kaki
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
2 senduk minyak utk mengoreng

1 biji telur dikacau
1 biji cili merah dihiris halus dibuang biji
4 helai daun limau dihiris halus
1/6 sudu teh garam
2 sudu besar minyak (gunakan minyak goreng udang tadi)
1/2 sudu besar butter




Cara

Gaul udang, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak
Goreng udang sehingga masak dan kekuningan
Angkat

Guna minyak goreng udang 2 sudu besar. Masukkan butter. Panaskan minyak.

Masukkan semula udang, hirisan cili, hirisan daun limau dan garam. Kacau 2 minit kemudian masukkan telur. Kacau sehingga telur mula kering tapi masih agak berair. Angkat dan hidang.

Sedap makan panas2 dengan nasi panas..

Selamat mencuba..daa

Tips

Daun limau nipis, daun kunyit, daun kari boleh disimpan dalam peti ais untuk mengelakkan risak jika tidak digunakan dalam masa yg lama. Walau pun agak kering tapi perasa masih ada. Boleh juga masukkan dalam bekas makanan dan masukkan air supaya daun2 membeku dalam ketulan ais.

Tuesday 16 January 2018

MAKAN SEDAP PERMATANG PAUH

Hari ni pergi ke Uitm Permatang Pauh, ambil anak tamat semester 1 tahun 1.

Nak kongsi disini tempat makan yang saya nak promote untuk singgah makan tengahari jika ke Permatang Pauh iaitu Restoren Hameediyah. Jarak dari Uitm Permatang Pauh ke Restoren Hameediyah ni lbh kurang 500m.

Lokasi kedai ini terletak di Permatang Pauh Jaya iaitu bersebelalahan kedai minyak shell iaitu jalan masuk dan bersebelahan Petron utk keluar.







Banyak pilihan nasi beriani atau nasi putih..set atau tidak. Pilihan air juga banyak juga set atau tidak. Ada air coconut shake, bandung cincau dll. Lauk berbagai pilihan ada kambing, ayam, ayam belanda, sotong dll. Harga saya rasa berpatutan dengan keadaan kedai yang selesa dan makan yang dihidangkan.

Dari beberapa lauk dan air yang kami pesan yang saya cadangkan ialah ayam masak bawang (RM 10.80 1/4 bhg ayam) dan air jus mangga (RM 5).. memang sedap..air mangga tidak manis sangat dan rasa buah mangga yang segar.

Kedai ini bersih..ada 3 lot..fully aircond..toilet dan tempat cuci tangan bersih dan diasingkan jauh lelaki dan perempuan.

Boleh try ye..daa

KUIH JEJARI SEGERA




Kuih ni memang sedap dan mudah. Tak perlu guna butter dan gula pun sederhana banyak. Bila makan tak rasa minyak sangat sebab tepung dah jadi agak masak bila dituang campuran air panas.

Dalamnya lembut dan luarnya agak rangup. Lebih sedap dimakan masa panas2..nyam..nyam..

Bahan A
2 cawan air
3 susu besar rata gula..boleh tambah jika suka manis lebih.
1 sudu kecil rata garam
1 sudu besar minyak masak

Bahan B
2 cawan tepung gandum

Cara

Panaskan sehingga mendidih bahan A.



Tutup.api dan masukkan kedalam bekas yang berisi tepung.






Gaul dengan senduk/ sudu sehingga sebati.



Tunggu adunan sejuk dulu l/kurang 10 minit.
(buat lubang ditengah adunan utk bagi cepat sejuk).

Bila dah agak sejuk, bentukkan seperti jari. Boleh juga gulungkan jadi bulat memanjang dan potong setiap 2 inci.


Jika adunan dibentuk semasa panas..nti adunan melekat kat tangan pulak..
Goreng menggunakan minyak bersih sehingga kekuningan.
Angkat dan hidang
Boleh juga taburkan gula icing guna tapis teh jika suka.

Selamat mencuba..daaa



Kredit resepi ini kepada Siti Aminah Mohd Subari

Tuesday 9 January 2018

BERCUTI KE KOREA SELATAN Dis 2017





Kami sekeluarga bercuti ke Korea mengikuti Travel Agent pada 27 sehingga 30 Disember 2017 yang lalu iaitu 4 hari 4 malam.

Menaiki penerbangan Airasia kami beli luggage untuk berat bagasi setiap orang 20kg dan handcarry (maksima berat 7kg termasuk beg tangan)

Penerbangan mengambil masa selama lk 6 jam untuk sampai ke Inchon Airport South Korea

Jika merancang untuk beli makanan dalam flight sebaiknya order makanan melalui online kerana lebih murah.


Kos (4 adult, 5 hari 4 malam)
12,800 - Flight & hotel 4 pax
     144 - Flight Meal 4 pax
     140 - pocket wifi fee (boleh share up to 4 orang) + deposit 200 (dipulangkan)
     318 - ski package (for 2 pax)
     512 - lotte world (after 4pm) 4 pax/ 128 per pax
       54 - tambang dari Itaewon ke Lotte World/ 4 pax
     224 - snow park (for 2 pax)/ 112 per pax
14,192 - total


Tips:
  1. Cuaca Bulan Disember di Korea agak sejuk dan boleh mencapai suhu -11 C (boleh semak forecasted weather dilaman web sebelum pergi)

  • Masa di Korea 1 jam lebih awal dari di Malaysia
  • Solat Asar, Maghrib dan Isya' lebih awal di Korea berbanding Malaysia (boleh semak masa solat Korea di laman web 'Prayer Time Seoul <bulan tahun>
  • Sediakan pakaian sejuk yang bersesuaian dengan suhu semasa disana. Bagi yang tidak biasa dengan suhu yang sejuk perlu pakaian long john baju dan seluar, baju wool, winter coat, winter cap, setokin, gloove, winteer boot (boleh beli secara online atau terus dikedai pakaian sejuk)
  • Bawa krim muka, krim badan,lip balm utk bibir, ubat selsema
  • Sediakan botol kecil yang kosong, tisu basah dan tisu kering kerana kebanyakkan bilik air mereka tiada pili air, jadi bila berjalan bawa air dalam botol amat membantu (bawa tisu basah dan kering juga jika sakit perut)
  • Bawa beg plastik kecil untuk isi sampah semasa berjalan, biasanya tong sampah jarang dijumpai kerana mereka mengamalkan kebersihan dan menyimpan sampah sendiri dan membuangnya bila jumpa tong sampah atau buang dirumah tumpangan
  • Orang Korea amat menepati waktu, berjalan cepat
  • Penting!!! Sebahagian handphone akan mengalami masaalah jika digunakan dipersekitaran cuaca yg extreme sejuk iaitu dibawah 5 Celcius..Hanphone saya bateri drop dari 79% terus jadi 0%. Hp suami saya juga bateri drain dan hang..kedua2nya hp yg berjenama berbeza, samsung & iphone. Utk mengelakkan kemungkinan berlaku, boleh ikat hand warmer dihandphone....boleh cuba..so far ok


Hotel
Kami menetap di Hotel Ibis Insandong sepanjang disana. Bilik Hotel agak kecil tapi selesa untuk tidur dan berehat dimalam hari. Bilik air juga bersih, kemas dan selesa.
Ibis Ambassador Insadong Hotel
31 Samil-daero 30-gil, Ikseon-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea

Boleh semak di http://www.ibis.com/

Kelebihan stay di sini:

-Depan dan kanan hotel ada kedai ala 7eleven 24hours
-Sebelah hotel ada cafe - bagi yg cari coffee pagi2 yg sejuk
-Tempat makan halal food lk 200m

Ibis Insandong Hotel

Keperluan barang peribadi utk cuaca sejuk:
1) Sweater/Baju Sejuk & inner shirt (wool) – 1-2 helai setiapnya (Jenis : Winter Coat/ Jacket, Cardigan -mengikut kesesuaian suhu dengan tubuh badan anda). Cari yg heatteach top down yg 'ultra warm' kalau suhu ,1 degree Celcius..ada di uniqlo, universal traveller, etc
2) Pakaian Peribadi
3) Sejadah Travel
4) Stokin – 2 pasang (atau lebih mengikut penggunaan)
5) Kasut – 1 pasang
6) Glove Tangan/Muffler & winter hat (bagus yg wool..panas sikit)
7) Peralatan mandi (Sabun, Syampoo, Berus+Ubat gigi) - tak perlu jika ikut agensi yg sediakan hotel
8) Peralatan Solek (Minyak wangi, minyak rambut, sikat etc)
9) Ubatan Peribadi
10) Passport
11) Pen (Untuk isi Departure Card/Arrival Form)
12) International Adapter

13) Duit KRW (Untuk Shopping J, cadangan RM1500 atau 400,000KRW)
14) Beli hand warmer bagi yg tak tahan sejuk..boleh beli kat kedai di depan atau tepi hotel tu,,harga 2000KRW (lk RM8) masa ni..

Semakan Cuaca:(sepanjang tempoh bercuti)
Boleh rujuk www.accuweather.com

Pertukaran Matawang
1000 KRW ~ RM3.85 (masa ni..)
Mereka suka jual barang round up 10000 KRW lk mcm tu..lk RM40 senang nak kira..

Tempat yg dilawati:
Namsan Tower (atas bukit..view yg sangat cantik...ada pagar dan pokok key chain love love mcm tu kat bahagian level 2 tower..cantik utk ambil foto..
Bus drop disini..berjalan naik bukit sikit utk ke Namsan Tower

View dari sini pun cantik

Namsan Tower..2nd floor

Itaewon Mosque (satu2nya Mesjid di Korea Selatan.. maklumat yg diberikan..mesjid ini dibina atas initiatif Kerajaan Malaysia)..ada kedai2 makan muslim disekitar jalan ke Mesjid ini..yg pasti naik bukit..kena fit sikit nak naik ni..
Utk sampai ke mesjid Itaewoon perlu naik bukit yg agak curam..ruang solat bahagian perempuan perlu naik tangga dibahagian kiri Mesjid. Agak tinggi dan perlu naik banyak tangga juga la.. Ambil wudhu sebelum naik tangga yerr..
On the way to Mesjid. Dikatakan selepas masjid ini dibina..byk kedai2 muslim ada disekitar ini
Kedai makan muslim lebih kurang 100m sebelum sampai ke Mesjid Itaewon

Sedapppnya bila makan semasa sejuk..dalam kedai ada heater juga..ok la tak sejuk sangat

Namdaemun Market (utk beli seweed ada kat sini, ada kedai tu yg tahu seweed yg halal for muslim..sbb ada yg tidak halal juga)
Tempat ni kami beli seweed..waktu beli pekedai ni tahu kami muslim..so dia akan cakap dan tunjuk yg halal.. ada kacang coated dgn berbagai flavor..

Dalam ni banyak simpang..hati2 jangan teresat..ada kedai jual silk juga disini

Kyongbokgung Palace (istana dan pahlawan yg pakai baju bewarna warni kalau sempat tengok upacara ni mula jam 2pm selama lk 30 minit)


Istana Kyongbokgung

Upacara pertukaran pengawal setiap hari bermula jam 2pm

Cheonggae Stream (cantik sangattt kalau pergi waktu malam..)
Stream sangat bersih, berwarna warna sepanjang stream dan berbagai perhiasan lampu dan muzik..kebanyakkan penduduk Seoul akan lepak2 disini selepas balik kerja kerana memang sesuai utk hilangkan penat


Jalan turun ke stream menarik dengan lampu2 yg cantikkkk...

Myeongdong Fashion Street (dibuka dari jam 10am sehingga 5am keesokkan paginya..boleh shoping sakan sampai pagi..hehe)


Sorry..tak ambil foto kat sini..tapi percayalah..tak sedar masa berjalan tengok barang2 di sekitar kawasan ini..sebab tu dia buka sampai jam 5 pagi..



Nami Island (best sangat.. menaiki bot selama lk 10 min..banyak disediakan tempat2 utk posing dan memang berbaloi kalau pergi musin sejuk..segar gitu)


Naik bot menuju ke Nami Island...best sejukk..segar dan sepanjang perjalanan dipinggiran pulau dihiasi dengan hiasan/ binaan dari salji. Mereka sangat kreatif untuk menarik pelancung datang

Cantik2 sculpture disini

Salah satu tarikan pelancong dalam Nami Island..ada banyak lagi..kena datang sendiri baru puashati..kan..


Kedai makan muslim..pemilik muslim

Makanan dikedaini sedap2

Ni tempat yg terkenal dalam filem Winter Sonata..masa ni salji tak turun..tempat ni akan berubah dengan daun merah hijau oren jika datang pada musin luruh lk bulan Sept mcm tu..

Ni kira balas dendam ni...sbb tak jumpa masa kecik2..huhu

ok la dapat buat bola  kecil..lepas kempunan..walaupun salji tak turun masa kami sampai tapi sajli yg turun hari-hari sebelumnya masih banyak disekitar Nami Island

Dipinggiran pulau..nampak tak air dibelakang tu sebahagiannya telah jadi ais..

Vivaldi Ski park (best sangat kat sini....kami naik gondola ke snowing park)..kalau time salji tak turun..disini mmeng penuh salji dan bersih saljinya)

Snow Park ...inilah agaknya yg dinamakan seputih salji

Pandangan dari gondola..nak ke Snow Park (Vivaldi Ski Park)

Tempat nak naik Gondola..kena beli ticket harga berbeza nak ke Snow Park atau nak main ski..Kalau main ski gondola naik lagi tinggi..Bagi yg tak pandai mani..ada disediakan tempat ski yg tidak mahir dan berasingan dengan tempat yg dah pro..jangan risau..baju dan kasut ski juga perlu disewa..kena beli ticket kat kaunter ye


Salah satu permainan di Snow Park





Memang suka view kat Snow Park ni..Perk dibukan sampi malam..dan bila malam ada hiasan lampu2 yang cantik diatas ni..kami tak sampai malam..jadi tak dapat nak kongsi foto



Lotte world (kami beli ticket selepas jam 4pm, murah sikit..sampai 10pm..banyak permainan, persembahan perarakan dan pakaian berlampu..istana ala disneyland, naik belon dan banyak lagi..bawala makanan sendiri atau coklat sbb macam tak jumpa makanan yg halal disini)
Dihadapan entrance utk masuk ke Lotte World..ada berbagai permainan,(indoor & outdoor) tempat main ski, ala2 disney palace..buka sampai jam 10am..jam 8pm akan bermula persembahan & perarakan 

Nak sangat naik belon ni...hampir 1 jam 50 min beratur...adusss..tapi puas hati..naik belon pusing didome lotte lk 15 min mcm tu

Ala2 Disneyland..menarikk ni



Semoga info dan tips diatas membantu bagi yg merancang nak bercuti ke Korea Selatan.. daaaa..


BERCUTI KE BANGKOK Jan 2018

Floating Market Pulut Mangga TEMPAT DILAWATI Safari world 9am-5pm 540baht Floating Market 3000 baht satu bot enjin 4 oran...