Pages

Thursday 22 February 2018

BERCUTI KE BANGKOK Jan 2018


Floating Market

Pulut Mangga

TEMPAT DILAWATI

  • Safari world 9am-5pm 540baht
  • Floating Market 3000 baht satu bot enjin 4 orang (ada tutup)
  • MBK Mall
  • Siam Paragon
  • Platinum Mall
  • Terminal 21
  • Tempat makan berdekatan Hotel Pratunam  


TIPS: 
Tempoh penerbangan KL – Bangkok : 2jam 10min
Antara tempat best shopping – MCK, Platinum Mall
Tempat makan halal – MCK (Yana paling umpphh..harga juga ok)
Tempat solat – MCK (tkt 5 ppuan, tkt 6 lelaki)
Masa :1 jam lebih awal dari Malaysia
Matawang: Baht
Convertion Bath kpd MYR - 10 Baht = RM1.24 (masa ni..)


AIRPORT Don Mueng Airport (DMK)
Address222 Vibhavadi Rangsit Rd, Khwaeng Sanambin, Khet Don Mueang,
Krung Thep Maha Nakhon 10210, Thailand

Dibahagian ketibaan, dikawasan nak ambil teksi atau bas, terdapat kedai kecil travel agent yang menyediakan pakej travel sepanjang disana. Boleh bertanya lanjut dan compare price.

Terdapat juga both yang menjual sim kad dengan berbagai pakej. Ada satu kedai yang menjual makanan halal di bahagian bawah, nama Kedai Bangmad.
Surau juga ada dibahagian bawah (ground) Airport, terletak setentang Kedai Bangmad. Surau agak besar dan selesa. Ada tempat mengambil wuduk dan bilik air didalam surau ini juga disediakan sofa dan air mineral percuma.

Surau yang selesa

Salah satu pakej yang ditawarkan....mungkin tak dapat pergi semua tempat..so kena pandai plan supaya dapat kunjungi sebanyak yang boleh


PERJALANAN AIRPORT DMK KE CENTRE POINT PRATUNAM
Perjalanan menaiki teksi mengambilmasa lebih kurang 30 min jika tidak sesak dijalanraya. Kos tambang 300 baht.



CENTRE POINT HOTEL PRATUNAM DAN TEMPAT MAKAN SEKITARNYA
Address: 6 Phetchaburi Rd, แขวง พญาไท Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand

Hotel ini sesuai untuk yang bercuti bersama keluarga. Bilik agak luas berbanding hotel yang setaraf dengannya.

Ada beberapa tempat makan halal di sekitar 800m, salah satunya adalah Restoran Fareeda Fatoni. Restoren ini menyediakan pelbagai pilihan makanan Thai, sedap dan harga juga berpatutan.

Lebih dekat lagi terdapat juga Restoran halal yang menyediakan makanan ala arab sebelum sampai ke Restoren Fareeda.






Menu Restoren Fareeda Fatoni



SAFARI WORLD
Address99 Thanon Panya Intra, Khwaeng Sam Wa Tawan Tok, Khet Khlong Sam Wa, Krung Thep Maha Nakhon 10510, Thailand


Safari world 9am-5pm 540baht
Dibuka setiap hari : 9am – 5pm
Jarak dari Centre Point Pratunam Hotel – lk 30km/ 40 min (menaiki kereta tour guide)
Harga tiket : 590baht/ dewasa, 500baht/ kanak2
Masa tour: 1 jam

Peta Safari World

Boleh lihat harimau dan singa pada jarak sangat dekat..sedekat 6 meter dari kenderaan kita

Letih betul pakcik ni...



Safari World adalah taman haiwan terbuka. Boleh masuk menggunakan kenderaan yang kita sewa. Ada berbagai haiwan jinak dan buas didalamnya seperti burung2, badak, harimau, singa, zirafah, badak dan sebagainya.
Dikawasan yang ada binatang buas akan ada satu sehingga tiga pengawal zoo yang berkenderaan warna belang yang menjaga disekitar kumpulan binatang ini bagi memastikan keselamatan pelawat.

Kita dibenarkan mengambil gambar dan menghampiri haiwan secara dekat tetapi tidak dibenarkan keluar kenderaan ditempat haiwan buas untuk keselamatan.
Taman menarik dan bersih dan pengalaman yang menarik sepanjang berada di Safari World.



FLOATING MARKET
AddressDamnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130, Thailand

Floating Market 3000 baht satu bot enjin 4 orang (bot ada tutup)
Dibuka setiap hari : 9am – 2pm
Lokasi: Damnoun Saduak, Ratchaiburi
Jarak dari Centre Point Pratunam Hotel – lk 99km/ 1jam 50 min (menaiki kereta tour guide)
Harga tiket : 3000baht/ satu bot berenjin (4 dewasa)





Pod Thai

Boleh dibeli sepanjang perjalanan dalam bot ke Floating Market

Terdapat beberapa floating market di Bangkok. Boleh googel untuk tempat pilihan anda. Tempat yang kami pergi adalah Damnoen Saduak Floating Market.

Untuk ke sini perlu bertolak pagi. Jika menggunakan tour guide kebiasaannya meraka akan bergerak seawal 630pagi bagi memastikan jalan tidak sesak dan sampai awal.

Menaiki bot pada mana2 pilihan tempat naik (terdapat banyak lokasi untuk menaiki bot). Harga bot berenjin atau berdayung juga berbeza. Harga juga berbeza mengikut jam samada satu jam atau dua jam tour. Dicadangkan naik bot berenjin untuk dua jam.

Bot akan melalui saliran air/ parit besar yang (saliran air ini memang banyak dan bersimpang siur). Sepanjang menaiki boat kita akan melalui kawasan perkampungan dan rumah-rumah yang kebanyakannya dibina sepanjang saliran air ini. Mungkin pada masa dulu bot adalah pengangkutan utama mereka dari satu tempat ke tempat lain dan kemudian dijadikan sumber pelancongan.

Setelah melalui kawasan kampong, kita akan mula berjumpa kedai-kedai dikiri dan kanan tepi saliran air ini. Kedai2 ini menjual berbagai barangan terutamanya barang2 cenderamata, lukisan, handbag, kedai makanan dan minuman, air kelapa, ice cream air kelapa dan sebagainya. Ada berpuluh kedai2 ini sepanjang saliran air. Bot akan diperlahankan sepanjang melalui kedai2 ini untuk kita melihat2 dan jika ada yang berkenan kita boleh maklumkan pemandu bot untuk berhenti dikedai yang kita minta. Boleh berjual beli dana tawar menawar tanpa keluar dari bot.

Ada satu kedai menjual makanan halal yang kita boleh order dan makan didalam bot. Terdapat papan tanda kedai makanan halal sebelum sampai ke kedai ini dan ikedai terletak disebelah kiri perjalanan.

Banyak makanan  pilihan dan yang paling popular adalah makanan Thailand iaitu Pod Thai, sejenis mee spt bentuk kuewtiau warna oren, tauge, udang dsb.

Tempat akhir berhenti adalah dikawasan kedai besar yang menjual makanan. Saya tidak nampak kedai yang ada tanda hala dari bot jadi kami tidak berhenti dan naik ke atas.

Dikawasan penghujung saliran air ini kita akan bertemu dengan lebih banyak bot2 pelancong yang lain dan juga penjual2 yang menjual makanan didalam bot seperti buah2an, sayur2an,air kelapa, kuih muih dan makanan tengahari. Biasanya keadaan disini agak sesak dengan bot-bot tapi mereka akan tolong menolong sesame sendiri untuk memberi laluan sesama mereka.
Selepas itu bot akan kembali ke tempat asal melalui saliran air yang lain, walaubagaimana pun kedai2 ditepi saliran tidak sebanyak semasa dalam perjalanan datang.



MBK MALL
Address: Phayathai Rd, Pathum Wan, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand

Dibuka setiap hari : 10am – 10pm
Jarak dari Centre Point Pratunam Hotel – 1km (boleh naik tuk tuk, bayaran 20-25baht)

MBK adalah 8 tingkat shopping mall yang terbesar di Thailand. Mempunyai lebihkurang 2000 shop lot yang menjual berbagai jenis barang terutamanya barang cenderahati dan hiasan rumah. Kedai makan disediakan  di tingkat 5.

Terdapat beberapa kedai makanan halal di tingkat 5 (yang terkenal adalah Yana Restaurant, harga sangat berpatutan, buka jam 10:30am-9pm) dan surau (lelaki tingkat 5 dan perempuan tingkat 4). 

Terdapat juga gerai-gerai kecil menjual keychain dari kulit dan kita boleh engrave nama juga dengan harga yang berpatutan.

Salah satu tingkat di MBK Mall

Entrance ke surau

Surau yang selesa. Ada tempat wudhu, tapi tandas tidak disediakan. Telekong yang bersih juga ada disediakan.

Yana Restaurant

Makanan sedap, hiasan cantik, harga berpatutan..

My favorate..tak ingat nama dia

Harga berpatutan sesuai dengan makanan yang dihidangkan


SIAM PARAGON
Address: 991 สยามพารากอน Rama I Rd, Khwaeng Pathum Wan, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand

Dibuka setiap hari : 10am – 10pm
Jarak dari Centre Point Pratunam Hotel – 1km (boleh naik tuk tuk, bayaran 20-25baht)

High end 5 tingkat shopping mall. Mall yang ketiga terbesar di Thailand. Berbagai kedai berjenama dan kedai makanan mewah ada disini.
Dilevel bawah terdapat Ocean World Aquarium dan ditingkat paling atas terdapat Paragon Cineplex.

Bagi peminat macaroon..ada Laduree kat sini..di salah satu tingkat di Siam Paragon

PLATINUM FASHION MALL
Address: 644/3 Phetchaburi Rd, Khwaeng Thanon Phetchaburi, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand

Dibuka setiap hari : 8am – 8pm
Jarak dari Centre Point Pratunam Hotel – 500m. Boleh berjalan dari hotel.

Terdapat banyak kedai disini dan focus kepada jualan berbagai fashion pakaian terkini teutamanya wanita dan aksessori hiasan wanita dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual kasut juga beg tangan. Bagi yang suka bershopping anda mungkin tidak cukup sejam dua disini. Pastikan bawa wang tunai yang secukupnya kerana kebanyakan kedai tidak menyediakan kemudahan kad kredit.



Semua ada...

My fav spot...





TERMINAL 21
Address: 644/3 Phetchaburi Rd, Khwaeng Thanon Phetchaburi, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand

Dibuka setiap hari : 8am – 8pm
Jarak dari Centre Point Pratunam Hotel – 4km. Boleh berjalan dar hotel.

Medium high end mall ni tidak berapa besar la sangat berbanding MBK. Yang menarik disini adalah setiap tingkat mempunyai konsep yang berbeza mengikut beberapa negara. Konsep boleh nampak dari setting kedai jualan barang, kedai makanan dan juga setting toilet. Agak lain sikit dari mall yang lain. Yang suka posing boleh ambil foto banyak-banyak kat sini.





URUT BADAN DI AIRPORT Don Mueng Airport (DMK) (PENERBANGAN BALIK KE KL)

Bagi yang tidak sempat pergi buat body massage dan jika masih ada masa sebelum masa berlepas, dibahagian berlepas pulang terdapat beberapa kedai yang menyediakan perkhidmatan urut EXPRESS MASSAGE. Boleh pilih setengah jam atau seterusnya.

Boleh pilih utk massage kaki atau bahu atau combine. Memang selesa dan puas hati dengan service. Cuma ruang agak terbuka kerana tiada dinding pemisah dengan pelanggan lain.

BERCUTI KE BANGKOK Jan 2018

Floating Market Pulut Mangga TEMPAT DILAWATI Safari world 9am-5pm 540baht Floating Market 3000 baht satu bot enjin 4 oran...